My Songs

Waktu solat

Tarikh Islam

Sunday, 27 May 2012

Roti Mauripan

 Petang ni akk meroti lagi tapi hari ni menggunakan resepi dari Mauripan (Instant Yeast) ...Erm sedap,lembut dan menepati citarasa kami sekeluarga..kat bawah ni akk tunjukkan roti2 yang akak pelbagaikan bentuk dan citarasa..pada asalnya roti ni dinamakn roti kismis..tapi memandangkan kismis tiada dalam simpanan jadi akk buat roti kosong jer ..
 Roti yang akak letakkan topping coklat diatasnya atas permintaan anak bongsu akk yang berumur 7 tahun..


Ini pulak akk potong ditengah untuk diisikan dengan sambal tumis ikan bilis,atas permintaan anak bujang dan ayahnya.

 Kalau nak cuba ,sini akk sertakan resepinya

Roti Kismis

Ramuan
700 gm tepung(akk guna tepung roti)
11 gm yis mauripan
1 sdt garam
100 gm gula
1 biji telur
35 cc susu
400 cc air
100 gm kismis(akk tak letak)
30 gm buah2an campuran(akk tak letak)
70 gm mentega (akk guna margerin)

Cara membuatnya

Campurkan tepung dan yis dan adunkan sampai rata.Tambahkan air dan adun dalam 5 minit.
Masukkan gula,garam,telur ,mentega dan susu.
Adun lagi 10-15 minit.
Tunggu 20 minit.

Masukkan kismis dan buah2ancampuran dalam adunan,tunggu 15-23 minit.
Timbang 60 gm bentuk bulatan,tunggu 10-15 min.Dirol tipis dan dibentuk mengikut kesukaan.
Letakkan diatas loyang dan disapukan dengan mentega/susu cair.Akk sapukan dengan telur yang dipukul dgn sedikit air.
Tunggu sampai cukup besar lalu bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu.Akk bakar dalam 30 min...



Monday, 21 May 2012

Acar Buah




ACAR BUAH




Resepi ni akk ceduk dari blog masakan kak hanieliza,uish memang sedap dan berbaloi membuatnya,boleh disimpan dalam peti sejuk untuk beberapa bulan..sementara menunggu bulan ramadan untuk dijadikan lauk sahur...

Bahan 

500 gm buah campur [kismis hitam/kuning,prune,aprikot,mangga jeruk,kurma & lobak asin..potong kecil] 
sedikit cili api jeruk [jika suka] 
belimbing kecut [belimbing yg telah dijerukkan dn di jemur sampai kecut]
jeruk limau
Bawang kecil di buang kulit,biarkan bulat2(akk Tambah)

Bawang putih dikupas juga dibiar sebiji2


Bahan Mesin Halus 
500 gm bawang kecil 
10 ulas bawang putih 
10 cm halia 
100 gm cili kering 
3 s/b rempah kari ikan [goreng tanpa minyak] 

500 gm minyak 
500 gm gula pasir 
1 botol kecil cuka 
1/2 cawan bijan [goreng tanpa minyak] 

Cara: 
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan sehingga wangi,garing dan naik minyak. 
2. Masukkan gula dan cuka dan biarkan reneh sehingga naik minyak lagi. 
3. Masukkan semua buah campur & cili api jeruk dan masakkan lagi sehingga naik minyak dan pekat. 
4. Sejukkan baru dimasukkan dalam bekas kering. 
5. Bila nak hidangkan baru taburkan bijan tadi.

Saturday, 19 May 2012

Roti Canai

Roti Canai


Resepi akk ambil dari Ibu muda @my resepi


Berpeluh peluh jugak membuat roti canai ni, rasanya kalau beli tu lg senang siap dengan kuahnya,tapi atas permintaan suami yang suka makan hasil tangan isteri akk cari jugalah resepi ni yang paling mudah.Akk ambil dari resepi ibumuda @ my resepi...akan buat kuah kari sardin dan sambal tumis ikan billis untuk dimakan bersama roti canai ni...yang menjadikan roti ni cantik,lembut dan gebu adalah kerana kepakaran seseorang mencanainya.Oleh kerana akk tak pandai mencanai jadi akk leperkan nipis2 atas meja marble lepas tu akak gulung dan leperkan...lupa pulak nak ambil gambar...so ini bahan2 dan cara2 membuatnya..




Bahan2nya


1 1/2 gelas air masak
1 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar garam
1 biji telur
1 kilo tepung gandum
sedikit planta
Minyak untuk menggoreng(akk Tambah)


Cara2 membuatnya



Cara-cara

  1. masukkan air, garam, gula, telur dan susu..kacau sampai sebati
  2. masukkan tepung dan uli dgn tangan dalam 10 mnt..biarkan 5 minit (rehatkan), lepas tu boleh la uli balik sampai nampak tepung licin dan tidak berbintil2 lagi
  3. bila tepung dah nmpak licin, boleh la bulat-bulatkan tepung tersebut sebesar telur itik, anggaran 1 kilo tepung tu boleh dapat dalam 20 biji..
  4. lepas bt sebijik, sapukan terus planta biar melitupi keseluruhan bola gandum tersebut, pastu baru bt sebijik lagi n ulang perkara ni sampai habis doh tersebut.
  5. susun bola2 doh tersebut dalam bekas dan biarkan selama 4 jam..biasanya ayah buat malam kol 10 untuk tebar kol 6 pagi esok
  6. pastu selepas 4 jam..selamat menebar roti canai..hehehhe..slmt mencuba


Thursday, 17 May 2012

Talam ubi





Lagi post talam ubi favourite bonda dan akk sekeluarga,resepi ulangan boleh tengok kat SINI...

Resepi ni mudah dan senang dgn menggunakan sukatan cawan, cubalah pada sesiapa yang suka talam ubi ni kerana hasilnya insyaalah tiidak mengecewakan...

Sunday, 13 May 2012

StatsCrop

StatsCrop: StatsCrop - a web service that lets you explore any website informations and its history, understand your competitor's website is how to operate, to help you how to optimize your website, increase your website traffic and income.

Puding Pelangi





Sumber resepi dari Ha Sue @ sue.hasue.blogspot .com
Resepi Asal:Alma@myresipi.com
By Kak nor




Bahan-bahan:
  • 10g serbuk agar2 | 13g serbuk agar2
  • 650ml air | 750ml air
  • 200gm gula pasir(kalau nk kurang manis wat dlm 180gm)
  • 60gm mentega | 80g mentega
  • 1 biji telur
  • ½ tin susu cair | 250g susu cair
  • 1 sudu makan tepung custard | 1 tbsp tepung kastad
  • 1 sudu makan serbuk koko | 1 tbsp serbuk koko
  • 1/2 sudu teh vanilla
  • pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna2 lain pun boleh) |warna hijau n pink
Cara-cara:
  1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
  2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
  3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
  4. Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.
  5. Sengetkan loyang/apa2 bekas puding sedikit (contoh bekas square 7x7in) Biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dengan apa2 untuk tinggikan).
  6. Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.
  7. Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk, bolehlah dipotong dan dihidangkan.

Koleh kacang 3

Resepi dari citrasawan@my resepi


Koleh kacang dari citrasawan ni mmg sedap dan mudah membuatnya...

Bahan-bahan ( saiz 10" loyang empat segi )

  • Bahan A 400ml santan pekat KARA 150ml air 1 helai daun pandan 1/4 sudu teh garam
  • Bahan B 225 gm tepung kacang hijau 750ml air
  • Bahan C 350 gm gula merah/gula melaka 50 gm gula pasir 100ml air
  • Bahan D 1 1/2 cawan pati santan secubit garam
  • Loyang empat segi 10 inci

Cara-cara

  1. Masak bahan C hingga gula larut. Biarkan sejuk.
  2. Masak bahan D sehingga menjadi tahi minyak. Tapis dan biarkan 2 sudu besar minyak didalam periuk.
  3. Sebatikan bahan B, gaul rata dan biarkan sekurang-kurangnya 2 jam supaya tepung kacang sebati sepenuhnya.
  4. Satukan semua bahan A, B dan C. Gaul rata dan tapis. Tuang kedalam periuk yang berisi minyak tadi.
  5. Masak atas api sederhana sambil sentiasa dikacau sehingga adunan kental dan berminyak. Angkat dengan segera dan masukkan kedalam loyang. Ratakan permukaannya.
  6. Taburkan tahi minyak di atas kuih dan biarkan betul-betul sejuk sebelum dipotong.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...